HALAMAN SANTAI

Khamis, 9 Mac 2017

Pemimpin PAS nafi jemput PPBM By Shawaliah Hadir 17 Dikemaskini pada 9th March, 2017, 4:34 PM Parti Islam itu setakat ini masih belum menetapkan tarikh dan ketetapan untuk mengadakan perjumpaan dengan PPBM. KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS hari ini menafikan menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk berunding perihal agihan kerusi menjelang pilihan raya yang akan datang. Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata sehingga kini parti itu masih belum membuat keputusan dan menetapkan tarikh untuk bertemu dengan PPBM. “Tarikh belum. Kita tak bincang apa pun lagi, belum ada ketetapan. Saya tidak tahu mungkin saya terlepas pandang tapi setakat ini tidak ada,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini. Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Muhyiddin Yassin semalam berkata parti itu menerima jemputan untuk mengadakan rundingan bersama-sama untuk memperincikan perihal pembahagian kerusi. Sebelum ini pertemuan di antara kedua-dua parti itu hanya mencapai persefahaman untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal bagi tujuan mengambil tindakan susulan terhadap sebarang keputusan yang dipersetujui bersama. PPBM pula menangguhkan mengemukakan keputusan untuk perihal yang sama bersama-sama Pakatan Harapan baru-baru ini.

Shawaliah Hadir


Parti Islam itu setakat ini masih belum menetapkan tarikh dan ketetapan untuk mengadakan perjumpaan dengan PPBM.

KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS hari ini menafikan menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk berunding perihal agihan kerusi menjelang pilihan raya yang akan datang.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata sehingga kini parti itu masih belum membuat keputusan dan menetapkan tarikh untuk bertemu dengan PPBM.

“Tarikh belum. Kita tak bincang apa pun lagi, belum ada ketetapan. Saya tidak tahu mungkin saya terlepas pandang tapi setakat ini tidak ada,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Muhyiddin Yassin semalam berkata parti itu menerima jemputan untuk mengadakan rundingan bersama-sama untuk memperincikan perihal pembahagian kerusi.

Sebelum ini pertemuan di antara kedua-dua parti itu hanya mencapai persefahaman untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal bagi tujuan mengambil tindakan susulan terhadap sebarang keputusan yang dipersetujui bersama.

PPBM pula menangguhkan mengemukakan keputusan untuk perihal yang sama bersama-sama Pakatan Harapan baru-baru ini.

Tiada ulasan: