HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 Mac 2017

Penambahan Kuota Haji Tidak Ada Kesan Kepada Rakyat Malaysia – Amanah

Suara Kebenaran




Ramai tidak faham dengan keterujaan kerajaan mengumumkan kuota haji rakyat Malaysia akan bertambah dari lebih 27,000 sebelum ini kepada 30,200 setelah kedatangan Raja Salman ke negara ini, menurut seorang pemimpin parti Amanah

Dalam keadaan kos sara hidup yang begitu sukar hari ini, siapa di kalangan rakyat Malaysia yang mampu untuk menunaikan haji pada tahun ini.  Lebih baik gunakan wang itu untuk membeli makanan dan keperluan keluarga yang lain daripada dibazirkan dengan perkara yang boleh diibaratkan seperti melancong ke luar negara seperti ini.

Tak hairan rakyat Malaysia tidak begitu teruja dengan pengumuman tersebut.  Mungkin adalah yang akan berasa beruntung dari pengumuman seperti itu tapi majoritinya, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat Malaysia, terutama di kalangan orang cina dan orang India.

Persoalannya sekarang, kalau parti yang berasaskan Islam seperti Amanah ini pun tidak melihat kepentingan kepada penambahan kuota haji ini, apa lagi yang boleh dikatakan?  Sia-sia sajalah kedatangan Raja Salman ke negara ini kalau ia tidak membawa keuntungan kepada negara melainkan pelaburan Aramco di Penggerang.

Itupun, tidak banyak, setakat USD 7 billion ini, Pakatan Harapan mampu cari lebih lagi – kalau kita kerajaanlah.

Tiada ulasan: