HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Mac 2017

Persatuan Ibu Tunggal Perlis sokong saranan mufti

Bernama

Mohd Asri ketika memberi ceramah dalam kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam semalam menyarankan lelaki yang berkemampuan agar cepat berkahwin untuk menambah zuriat dan penduduk Perlis

KANGAR: Persatuan Ibu Tunggal Perlis (Perkit) menyokong saranan Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya lelaki yang berkemampuan cepat berkahwin.

Yang Dipertuanya Saadiah Habil menyifatkan saranan itu sebagai wajar kerana ramai lelaki yang memenuhi syarat, tidak berkahwin.

“Jika mereka (lelaki yang berkemampuan) berkahwin awal akan dapat mengurangkan jumlah wanita yang tidak bertemu jodoh dan mungkin golongan ibu tunggal,” katanya.

Mohd Asri ketika memberi ceramah dalam kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam semalam menyarankan lelaki yang berkemampuan agar cepat berkahwin untuk menambah zuriat dan penduduk Perlis.

Saadiah berkata terdapat lebih 500 ibu tunggal termasuk yang masih muda berusia tidak sampai 30 tahun yang menganggotai Perkit tidak berkahwin mungkin kerana sukar menemui jodoh.

Beliau berkata lelaki berkemampuan dan sanggup berkahwin awal dapat membantu mengurangkan gejala sosial negatif dalam kalangan golongan muda.

Beliau turut menyokong saranan Mohd Asri agar ibu bapa tidak meletakkan hantaran dan mas kahwin terlalu tinggi sehingga membebankan pihak lelaki yang mungkin antara sebab lelaki lambat berkahwin.

Tiada ulasan: