HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Mac 2017

Pertandingan ‘Kit Siang rasis’ : Annuar tawar habuan RM10,000 ribu

Shawaliah Hadir 
 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Annuar Musa menawarkan ganjaran berupa wang tunai RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mendedahkan fakta mengenai Penasihat DAP Lim Kit Siang seorang yang rasis, anti Islam dan diktator politik seperti yang dikatakannya sebelum ini.

Ujarnya sesiapa sahaja boleh menyertai ‘pertandingan’ itu dalam pelbagai bentuk seperti membuktikan melalui instagram (IG) mahupun penulisan di blog yang mengesahkan Kit Siang sebagai rasis.

“Saya bercadang untuk buat satu pertandingan dan nak menyediakan hadiah kepada sesiapa yang boleh buat IG ataupun penulisan dalam blog ataupun apa-apa bentuk yang bertajuk YB Lim Kit Siang selalu dikatakan rasis, anti-Islam dan 51 tahun diktator, adakah benar.

“Mungkin orang boleh buat kajian ucapan di Parlimen, ucapan di yang bahan-bahannya terdapat di merata-rata tujuan saya buat buat pertandingan ini untuk dapat bahan daripada orang ramai yang ada kaitannya dengan apa yang saya tuduh kepada beliau,” katanya kepada wartawan ketika sidang media.

Tawaran itu susulan dakwaan Ketua Ahli Parlimen Gelang Patah itu pada Isnin lalu yang menggelar Annuar sebagai `bapa kepada segala rasis’.

Pertandingan tersebut menurut Ketua Penerangan itu akan berakhir 30 Mei.

“Pertandingan ini terbuka sehingga akhir bulan Mei saya akan bagi satu hadiah istimewa sebab dia boleh membantu saya mendapatkan fakta lanjut.

“Saya serius (mengenai hadiahnya) saya akan tolong orang yang tolong saya bantu buat kajian.

“Hantar ke pejabat ketua Penerangan Umno di PWTC sebelum 30 Mei,” tambah beliau.

Baru-baru ini Annuar ketika dalam persidangan Dewan Rakyat mendakwa Kit Siang sebagai anti Islam dan diktator politik berdasarkan tindak-tanduknya selama ini.

Annuar turut menyatakan kesediaannya untuk disaman oleh ahli politik veteran itu jika tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu pula mendakwa Annuar ‘bapa segala rasis’.

Tiada ulasan: