HALAMAN SANTAI

Isnin, 20 Mac 2017

PPBM diterima masuk Pakatan Harapan

 Berita Daily Staff

Pakatan Harapan bersetuju untuk menubuhkan gabungan baharu dan mendaftarkannya secara rasmi

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan sebulat suara menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai anggota terbaru gabungan pembangkang itu.

Keputusan itu diumumkan selepas majlis presiden gabungan itu memutuskan perkara itu dalam mesyuarat sebentar tadi.

“Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut,” menurut kenyataan bersama pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Sementara itu, Pakatan Harapan juga bersetuju untuk mendaftarkan gabungan baharu itu secara rasmi.

“Mesyuarat bersetuju berbincang segera dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baru,” tambah mereka.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mencadangkan parti pembangkang bertanding pada pilihan raya akan datang menerusi satu logo.

Tiada ulasan: