HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 Mac 2017

Remaja pandu lawan arus didakwa bawah pengaruh dadah

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
BUKIT MERTAJAM:  Seorang model sambilan yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada 14 Mac lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah. 
 
Tertuduh, Ng Pei Ven, 19, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibacakan ke atasnya, di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.
 
Jika sabit kesalahan, remaja berusia 19 tahun itu berdepan dengan hukuman penjara antara tiga tahun dan 10 tahun dan denda antara RM8,000 dan RM20,000.
 
Tertuduh, yang merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 bersama dua orang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis pada setiap minggu.
 
Dalam insiden 7.50 pagi Selasa itu, Pei Ven memandu melawan arus sejauh lima kilometer dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth.
 
Dia kemudian merempuh sebuah Perodua Kelisa dan menyebabkan kematian pemandunya Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun.
 
Turut terlibat dalam kemalangan itu ialah dua buah kereta lain serta masing-masing sebuah van pekerja dan motosikal.
 
Pei Ven mendakwa dia ternampak sebuah lori besar berdekatan Plaza Tol Sungai Dua sebelum membuat pusingan 'U' dan memandu melawan arus.
 
 

Tiada ulasan: