HALAMAN SANTAI

Selasa, 7 Mac 2017

Rumah bakal diroboh, dua keluarga minta campur tangan MB Selangor

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Dua keluarga penghuni rumah pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang (LTAB) meminta campur tangan daripada pejabat Menteri Besar Selangor untuk menghalang pihak syarikat Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB) merobohkan rumah dan kedai mereka.
 
Menurut Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Siva Rajan yang mewakili mereka, tindakan MAHB mengeluarkan notis melalui Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk mengarahkan kedua keluarga ini mengosongkan premis dan gerai adalah menyalahi undang-undang.
 
"Kenapa gunakan pejabat tanah untuk keluar notis? Kalau ikut MAHB kena ke mahkamah, dapatkan perintah mahkamah untuk dibicarakan.
 
"Jadi kami meminta bantuan kerajaan negeri kerana merasakan kerajaan negeri tak mendapat maklumat dengan betul mengenai isu ini," katanya dalam sidang media di Lobi SUK pagi ini.
 
Sementara itu, menurut penghuni pertama Abd Razak Said, mereka sebelum ini telah berkhidmat dengan masjid LTAB sejak 20 tahun yang lalu, justeru wajar untuk mendapat pampasan dan ganti rugi yang setimpal.
 
"Malangnya mereka terus beri surat perobohan dan tawarkan perpindahan sahaja, 18 bulan sewa (sebulan RM300) dan tiada pampasan," katanya sebelum ini terdapat kes yang sama dan keluar tersebut mendapat pampasan yang setimpal dengan kerugian mereka.
 
Untuk rekod notis pertama pengosongan rumah telah dikeluarkan pada MAHB pada 28 September 2016.
 
Kemudian MAHB mengadakan rundingan pertama pada 16 Januari untuk keluarga berkenaan berbincang mengenai jumlah pampasan yang dituntut.
 
Tetapi malangnya pada 2 Februari ketika mahu membentangkan permintaan mereka kepada MAHB, syarikat berkenaan mengeluarkan notis pengusiran kedua.
 
 

Tiada ulasan: