HALAMAN SANTAI

Ahad, 12 Mac 2017

Sambut Najib, NGO minta Kelantan tegas tuntut royalti petroleum

ZIKRI ABDULLAH

Datuk Wan Rahim menyerahkan borang permohonan Amanah cawangan Sg Keladi kepada Datuk Husam Musa dalam ceramah malam tadiDatuk Wan Rahim menyerahkan borang permohonan Amanah cawangan Sg Keladi kepada Datuk Husam Musa dalam ceramah malam tadi

Sempena kedatangan Perdana Menteri ke Kelantan yang akan disambut Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, rakyat terus mendesak tuntutan royalti petroleum diteruskan.

Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa mengucapkan tahniah kepada pertubuhan menuntut royalti Kelantan (R) yang mahu pihak kerajaan negeri menjadikan agenda tuntutan royalti sebagai perkara utama dalam pertemuan antara ketua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri hari ini.

"Tahniah presiden R saudara Nazri Deraman yang menunjukkan sikap tegas berkaitan tuntutan royalti," kata Husam ketika menyampaikan ceramah di majlis 'selamat tinggal Umno dan selamat jalan Pas' di belakang kilang (gesek) mancis di Sungai Keladi Kota Bharu malam tadi.

Beliau difahamkan pihak R telah menghantar surat kepada menteri besar supaya pimpinan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan memakai baju berwarna merah ketika hadir bersama-sama menyambut perdana menteri hari ini.

"Tindakan R ini melambangkan pihak pertubuhan itu masih bersama-sama rakyat dalam menghadapi penindasan dan kezaliman yang telah menjadikan negeri Kelantan terpinggir dari arus pembangunan negara.

"Kita tidak mahu kerajaan negeri yang dipilih rakyat untuk menentang kezaliman telah berubah menjadi rakan karib kepada Najib yang masih meneruskan penganiayaan terhadap rakyat ini," katanya.

Untuk pertama kalinya dalam sejarah pihak kerajaan negeri membuat kerahan besar-besaran untuk bersama-sama menyambut kedatangan presiden Umno ke negeri Kelantan.

"Saya ditunjukkan surat-surat kerahan ini yang ditujukan kepada kakitangan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan seluruh penghulu negeri Kelantan untuk hadir sama meraikan kedatangan Najib," katanya.

Penyelewengan dalam pengurusan wang negara khususnya berkaitan petroleum katanya telah menyebabkan penderitaan rakyat yang luar biasa.

"Saya mengambil contoh negara Finland yang memberi kemudahan percuma pendidikan kepada rakyatnya dari peringkat tadika hingga ke peringkat universiti.

"Negara kita sebenarnya memiliki lebih banyak hasil dari negara Finland dan sejak dulu saya telah memperjuangkan supaya rakyat diberi pendidikan percuma dan pinjaman seperti PTPTN dihapuskan sama sekali," katanya.

Menurutnya beliau juga telah berbincang dengan pengerusi parti Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghapuskan GST apabila pihak gabungan anti-BN menguasai Putrajaya nanti.

"Tun akan datang ke Kelantan 15 Mac ini dan kita boleh mendengar dari beliau sendiri," katanya

Tiada ulasan: