HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Mac 2017

Siapakah lelaki yang mencium dahi Raja Salman?

SINAR HARIAN

Siapakah lelaki yang mencium dahi Raja Salman?
 

SEKEPING gambar memaparkan seorang lelaki Malaysia mencium dahi Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang bertebaran di media sosial telah menimbulkan tanda tanya  banyak pihak tentang identiti lelaki berkenaan.

Memetik laporan al-Arabiya, gambar keakraban mereka berdua ternyata menarik minat para netizen untuk mengetahui apa hubungan istimewa lelaki berkenaan dengan Raja Salman.

"Beliau adalah Sheikh Hussain Yee, seorang sarjana Islam Malaysia-China dan merupakan seorang pendakwah Islam yang memeluk agama suci itu pada usia 18 tahun," petik kenyataan media berkenaan
.
[ARTIKEL BERKAITAN: Raja Salman tiba untuk lawatan negara]

Raja Salman tiba di Malaysia pada 26 Februari lalu bagi melakukan lawatan negara selama empat hari yang berakhir hari ini.

Malaysia adalah negara pertama yang dikunjungi Raja Salman dalam rangka lawatan baginda ke Asia Tenggara sejak menaiki takhta pada 2015.

Kunjungan sulung Raja Salman ke Malaysia itu adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Sheikh Yee mempunyai sejarah yang panjang dengan Arab Saudi, beliau merupakan mahasiswa Universiti Madinah yang juga merupakan penuntut bahasa Arab dan Islam di Universiti berkenaan.

Beliau juga adalah presiden dan pengasas pertubuhan Al-Khaadem di Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Kaunselor dan Pegawai Mubaligh di Perkim, Kuala Lumpur,dan merupakan bekas Pengarah Dakwah untuk Pusat Islam di Hong Kong pada 1984-1985.


Tiada ulasan: