HALAMAN SANTAI

Ahad, 12 Mac 2017

Skandal tanah: Bekas Adun Johor sudah jangka

AMNI JAGAT
 
 
Osman SapianOsman Sapian


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Datuk Osman Sapian tidak terkejut berkenaan kes rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri berkenaan.

Bekas Adun Kempas selama tiga penggal itu berkata apa yang berlaku pada kerajaan negeri Johor hari ini sudah dapat diagak kerana terdapat banyak kelemahan dan ruang yang menyumbang kepada rasuah.

Menurut beliau, isu Rumah Mampu Milik Negeri Johor (RMMJ) yang mewujudkan kouta penyokong kerajaan selama ini juga tidak diketahui umum.

"Terdapat banyak ruang yang membolehkan berlakunya rasuah dalam hartanah di negeri Johor ini kerana ia melibatkan banyak agensi serta jabatan terbabit yang dipanggil sebagai panel selama ini.

"Ramai mungkin tidak tahu bahawa wujudnya kuota penyokong kerajaan pada RMMJ yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan kuota ini diberikan kepada ahli UMNO serta kepimpinan UMNO bahagian dan juga cawangan," kata Osman dalam program 'Live Bongkar' anjuran Media amanah Negeri Johor kelmarin.

Selain itu Osman juga menafikan kewujudan rasuah ini berlaku tanpa pengetahuan pihak Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana pengesahan yang terakhir dan tertinggi adalah daripada pihak menteri besar.

Mengulas lanjut, Osman berkata kelulusan pelepas kuota bumi ini adalah di bawah pemerhatian menteri besar dan beliau juga yakin kemungkinan menteri besar akan dikaitkan dalam isu rasuah ini.

"Menteri Besar tak boleh elak dari menjawab isu ini kerana jika mengikut prosuder menteri besar adalah individu yang tertinggi dalam meluluskan pelepasan kuota bumiputera ini dan mana mungkin dia tidak tahu.

"Segala pelepas kuota bumiputera ini adalah di dalam pemantauan menteri besar dan saya yakin kemungkinan untuk pihak SPRM menyiasat Khaled dalam masa terdekat ini kerana perkara ini berkait.

Secara sinis Osman menggambarkan bahawa apa yang berlaku di negeri Johor ini adalah seperti lagu rakyat 'sepuluh budak hitam' yang bermaksud seorang demi seorang akan dikenakan tindakan.

Program yang pertama kali diadakan itu disiarkan secara langsung melalui 'Facebook' Amanah Negeri Johor telah mula mendapat sambutan kerana program itu menumpukan pada pembongkaran isu hangat dengan penampilan tokoh-tokoh dalam isu yang diutarakan.

Tiada ulasan: