HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Mac 2017

Tawan Kelantan hanya angan-angan Amanah

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Azam Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menawan Kelantan menjelang PRU akan datang hanyalah angan-angan politik.
 
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, tidak mudah bagi Amanah yang disifatkan hanya 'setahun jagung' bertapak dalam arena politik untuk merampas Kelantan daripada PAS.
 
"Saya sifatkan ia hanya angan-angan politik Amanah. Amanah perlu tahu, untuk memenangi PRU, sesebuah parti itu perlu ada kekuatan asas terlebih dahulu.
 
"Kekuatan asas yang perlu ada termasuk cawangan, ahli dan pengundi, bukannya sekadar ada parti kemudian buat gempak pada satu atau dua program dan seterusnya buat kenyataan akan menang di Kelantan," katanya dipetik Sinar Online.
 
Katanya lagi, bukan mudah bagi parti lain untuk menakluk dan menduduki Kelantan.
 
"Kami yang daripada parti-parti lama termasuk Umno pun tahu nak menang sesebuah negeri bukan mudah. Secara asasnya dari awal lagi PAS akan pertahankan Kelantan dari mana-mana pihak," katanya lagi

Tiada ulasan: