HALAMAN SANTAI

Rabu, 15 Mac 2017

Tiada guna Nazri berdebat jika tidak wakil BN

Shawaliah Hadir

Nazri disifatkan sebagai menteri senior sepatutnya bakal tampil dengan ‎fakta untuk menjelaskan isu 1MDB

KUALA LUMPUR: Tiada relevan untuk Menteri Pelancongan, Nazri Abdul Aziz berdebat dengan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad atas kapasiti peribadi, demikian kata pemimpin DAP Tony Pua.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu,  Nazri merupakan menteri senior dalam kerajaan sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN) yang dijangkakan akan tampil dengan mengemukakan fakta untuk berbahas dengan Dr M.

“Mana boleh (perbahasan atas kapasiti peribadi), jadi bahas itu untuk apa? Kalau perbahasan beliau hanya peribadi dan tidak tunjuk fakta-fakta kerajaan apa gunanya? Hanya tuduhan-tuduhan  liar, berikan fakta palsu… Tak boleh.

“Dan dia (Nazri) adalah menteri senior, dia bukan junior yang mewakili kerajaan Malaysia dan juga Umno,”
Semalam Ketua Penerangan Umno Annuar Musa menyifatkan debat yang bakal berlangsung di antara Dr M dan Nazri dan Menteri Pelancongan, Nazri Abdul Aziz tidak dibincangkan di peringkat parti sebaliknya ia merupakan pendirian peribadi pemimpin parti itu.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas baru-baru ini mengesahkan beliau bersedia berdebat dengan bekas bosnya mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) serta persoalan mengenai dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Najib Razak.

Tony sementara itu berharap agar Nazri mampu untuk merungkai persoalan mengenai wang berbilion ringgit masuk ke akaun Najib, kerana isu tersebut sehingga kini masih gagal dijawab sama ada di peringkat Umno mahupun kerajaan.

“Apa sahaja soalan yang dia jawab, dia jawab bagi pihak kerajaan BN jadi kita kena terima. Kalau dia jawab salah itu dia punya pasal bukan kita punya pasal.

“Jadi saya harap dia akan datang dengan bersedia dengan fakta yang kita minta fakta-fakta diluar dan jawab kenapa begitu besar kerugian dan dimana perginya berbilion-bilion ringgit yang telahpun diselewengkan,” menurutnya lagi.

Tiada ulasan: