HALAMAN SANTAI

Isnin, 20 Mac 2017

Tiada menang dan kalah‎ dalam debat dengan Dr M

 Shawaliah Hadir

Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno ‘lebih selesa’ jika debatnya dengan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak dihadiri oleh rakan-rakannya dari parti

KUALA LUMPUR: Tiada sesiapa yang akan kalah dan menang dalam debat yang akan berlangsung nanti, demikian kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Abdul Aziz.

Jelasnya, debatnya dengan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad nanti adalah penjelasan terhadap persoalan dan pertikaian yang dicetuskan oleh parti pembangkang sebelum ini,bukannya perdebatan ‘kanak-kanak’ yang mementingkan kemenangan.

“Saya difahamkan ini wacana. Tanyalah soalan jadi saya jawab. Kalah menang ni bukan debat budak-budak. Ini debat serius,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen.

Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno sementara itu memaklumkan beliau ‘lebih selesa’ jika debatnya dengan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak dihadiri oleh rakan-rakannya dari parti.

Katanya, debatnya itu adalah penjelasan yang ingin diberikan terhadap parti pembangkang, justeru beliau bersedia jika tidak ‘ditemani’ pemimpin Umno.

“Lagi bagus (kalau tiada kalau tiada akil Umno datang) saya bukan nak bercakap dengan wakil Umno, saya nak bercakap dengan pembangkang. Biar mereka dengar penjelasan saya,” katanya kepada wartawan sambil menyifatkan beliau tidak mempunyai masalah jika tidak mendapat sokongan dari ahli parti.

Beliau sebelum ini menegaskan debatnya tentang 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB) dengan Dr M 25 Mac nanti mewakili pengundinnya di Padang Rengas, sejurus selepas Ketua Penerangan Umno Anuar Musa berkata debat itu tidak dibincangkan dalam parti dan bersifat peribadi.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan kemudiannya berkata debat itu tidak perlu disiarkan secara langsung kerana Dr M tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti pembangkang.

“Ya (tiada siaran langsung), sebab Tun M tiada jawatan. Dia bukan ketua pembangkang. Kalau dia ketua pembangkang mungkin kita jadi macam pembangkang lawan kerajaan.

“Sebab saya pun bukan ketua kerajaan. Ini individu-individu lah. Kalau antara individu tak penting, tak boleh guna saluran kerajaan,”tambah beliau.

Tiada ulasan: