HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Mac 2017

Umno lancar program dedah kegagalan Pas tadbir Kelantan

 ZIKRI ABDULLAH

Umno tetap menganggap Pas sebagai musuh tradisi walaupun sehaluan berkaitan RUU 355Umno tetap menganggap Pas sebagai musuh tradisi walaupun sehaluan berkaitan RUU 355


Umno Kelantan kini melancarkan program menerangkan kegagalan Pas mentadbir Kelantan sebagai persiapan berdepan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Pengerusi badan perhubungan Umno negeri Mustapa Mohamed berkata pihaknya mendapati ceramah-caramah Pas sekarang sedang giat menghentam Umno.

"Kita akan gerakkan jentera memberi penerangan termasuk isu berkaitan air bersih, tanah, pembalakan dan masyarakat Orang Asli," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Menurutnya Umno tetap menganggap Pas sebagai musuh tradisi dan akan berusaha menjatuhkan parti itu di Kelantan.

"Umno Kelantan menegaskan Pas tetap musuh walaupun terdapat kerjasama yang membabitkan pindaan RUU 355," katanya selepas mengadakan pertemuan bersama pemimpin kanan pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh Kelantan.

Turut hadir, timbalan pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Datuk Jazlan Yaakob dan 1500 peserta.

Katanya, kini lebih 40 peratus pengundi adalah golongan muda dan mereka pertama kali mengundi.

"Bagaimanapun kita akui berdepan cabaran besar termasuk 150,000 pengundi di luar Kelantan dan akan merancang program yang memenuh citarasa anak muda," katanya.

Tiada ulasan: