HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 April 2017

Ada pihak mahu cetuskan kekacauan jika debat diteruskan, kata PDRM

Berita Daily Staff
 
Keadaan itu memaksa pihak polis menarik balik permit kebenaran penganjuran debat antara Dr Mahathir dan Mohamed Nazri daripada Karangkraf.

KUALA LUMPUR: Risikan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin mencetuskan kekacauan sekiranya debat antara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohamed Nazri Aziz diteruskan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP  Mohd Fuad Abdul Latiff berkata,  keadaan itu memaksa polis membatalkan kelulusan terhadap penganjuran acara berkenaan yang dijadual diadakan di Kompleks Karangkraf di Shah Alam, Jumaat ini.

“Risikan pihak polis menunjukkan ada pihak tertentu yang akan membuat kekacauan pada tarikh tersebut jika program ini diteruskan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor hari ini.

Mohd Fuad berkata, sehingga kini, polis menerima 18 laporan yang dibuat orang awam dan penduduk sekitar lokasi debat itu akan diadakan.

Selain penduduk di Shah Alam, Mohd Fuad berkata laporan juga dibuat oleh individu dari Klang, Serdang, Petaling Jaya dan Hulu Selangor.

Semalam, penganjur debat, Sinar Harian mendakwa polis menarik semula permit kebenaran untuk menganjurkan debat itu, 24 jam selepas memberikan kebenaran bertulis.

Jumlah laporan itu dipercayai antara sebab mengapa pihak polis mengambil keputusan untuk menghalang majlis debat berkenaan.

Beliau berkata, pihak polis bimbang tentang aspek keselamatan dan enggan mengambil risiko yang menjejaskan ketenteraman awam jika dialog itu diteruskan.

Tiada ulasan: