HALAMAN SANTAI

Rabu, 12 April 2017

Amanah dakwa lantik Hishamuddin menteri tugas khas isyarat Najib akan berundur

Berita Daily Staff

Dengan pelantikan itu, Hishamuddin juga dijangka bakal menggantikan Najib sebagai perdana menteri dan menjadi talian hayat Umno dalam pilihan raya akan datang.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, pelantikan Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri adalah isyarat pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Salahuddin berkata, dengan pelantikan itu, Hishamuddin juga dijangka bakal menggantikan Najib sebagai perdana menteri dan menjadi talian hayat Umno dalam pilihan raya akan datang.

“Perlantikan Hishamuddin sebagai menteri tugas-tugas khas adalah isyarat Najib akan berundur dari jawatan perdana menteri dalam tempoh terdekat.

“Hishamuddin akan ambil alih jawatan perdana menteri untuk memastikan kesinambungan dan talian hayat Umno dlm pihanraya umum akan datang.

Najib mengumumkan pelantikan Hishamuddin itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Hishammuddin juga masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.

“Pelantikan ini akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan,” kata Najib dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: