HALAMAN SANTAI

Ahad, 9 April 2017

Amanah lantik Husam naib presiden, sasar tumbang PAS di Kelantan

 
Kami yakin dengan pengalaman beliau yang luas dalam bidang politik sebagai ahli Parlimen, Exco kerajaan negeri Kelantan dan ADUN akan membantu perjalanan dan perkembangan Amanah, kata Setiausaha Agungnya.


husam-new

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) secara rasmi mengumumkan pelantikan Datuk Husam Musa sebagai naib presiden berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas memenuhi usul yang diterima sebulat suara pada Konvensyen Amanah tahun lalu.

Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir di sini, hari ini.

“Husam yang masa ini menjadi penasihat Amanah Kelantan dilantik mengisi jawatan naib presiden Amanah.

“Kami yakin dengan pengalaman beliau yang luas dalam bidang politik sebagai ahli Parlimen, ahli Exco kerajaan negeri Kelantan dan anggota Dewan Undangan Negeri akam membantu perjalanan dan perkembangan Amanah,” katanya.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dipecat keanggotaannya dalam PAS pada April tahun lalu, susulan lantang mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno.

Ekoran keputusan itu, Husam menyertai Amanah pada 30 Ogos lalu dan dilantik sebagai penasihat Amanah Kelantan.

Mengulas lanjut, Anuar yakin pelantikam Husam itu bagi mencapai matlamat Amanah untuk merampas kerajaan Kelantan yang kini dipimpin PAS.

Anuar yakin Husam mampu memperkuatkan jentera Amanah bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Sejujurnya betul. Kita tidak mahu Husam hanya fokus kepada negeri sahaja tetapi nasional juga,” katanya.

Dalam pada itu, Amanah juga memaklumkan melantik Al-Fadhil Zolkharnain Abidin Al-Hafiz sebagai pengarah syariah Amanah.

Al-Fadhil yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi Amanah Perlis ditugaskan sebagai pegawai di jabatan hal ehwal agama Perlis dan merupakan Adun Perlis.

Tiada ulasan: