HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 April 2017

Annuar jalani rawatan di IJN

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini untuk menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
 
Pegawai khasnya Mohd Fadhil Yusof berkata Annuar menaiki penerbangan MAS ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 12.55 tengah hari.
 
"Annuar ke IJN kerana beliau mahu mendapatkan rawatan susulan daripada seorang doktor peribadinya yang sebelum ini pernah merawat beliau," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
 
Fadhil berkata keadaan kesihatan Annuar semakin pulih dan beliau sudah boleh berjalan perlahan-lahan.
 
Sabtu lepas Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh dikejarkan ke HUSM selepas mengadu pening, sakit dada dan mengalami muntah-muntah pada 6.15 pagi hari sama.
 
 

Tiada ulasan: