HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 April 2017

“Buat debat di hotel sahajalah” – sindir Menteri

Muhammad Azizul Osman

Datuk Seri Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani secara sinis menyarankan debat antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz diadakan di hotel sekiranya kawasan yang dipilih sebelum ini dibantah penduduk.

Johari yang juga Menteri kewangan Kedua membuat sindiran tersebut setelah Dr Mahathir mempersenda keputusan polis membatalkan permit kebenaran.

“Buat dekat hotel, atur program dekat hotel sahaja selesai masalah,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Program Komuniti Sihat Tanpa Asap Rokok di Kampung Pandan hari ini.

Dr. Mahathir semalam dalam ceramahnya mempersenda keputusan polis yang membatalkan permit kebenaran debat antara beliau dan Datuk Seri Nazri Aziz atas alasan aduan daripada penduduk.

Kedua-dua mereka bersetuju untuk mengadakan debat di Kompleks Karangkraf, Shah Alam 7 April ini namun dibatalkan atas alasan adun daripada penduduk.

Dr. Mahathir menyifatkan pembatalan debat berkenaan yang ditarik balik oleh polis dibuat “kerana takut.”

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob semalam berkata, pembatalan dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada ketua polis daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.

Debat yang pada awalnya dijadual untuk diadakan pada 25 Mac di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar ditukar ke hari dan tempat lain selepas polis Perak menolak permohonan penganjur kerana lewat menghantar permohonan dan kawasan yang tidak sesuai. -MalaysiaGazette.


Tiada ulasan: