HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 April 2017

Dana 1MDB: Rafizi sahut cabaran Pas

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR,  Rafizi Ramli akan memberi bukti minggu ini berhubung dakwaan beliau sebelum ini yang mengatakan orang rapat dengan pimpinan Pas menerima wang 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Malah, ujarnya , beliau akan membuat laporan berhubung isu itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu yang sama.

"Insya-ALLAH minggu ini," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cabaran Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah yang mencabar Rafizi agar membuktikan tuduhannya itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas Terengganu cabar Rafizi dedah tuduhan]

Memetik kenyataan Mohd Nor, beliau berkata Rafizi sengaja mengada-adakan cerita berhubung dakwaan berkenaan.

“Dengan menyebut ‘orang yang rapat’ dengan pimpinan Pas sahaja, adakah berkualiti fitnah itu? Jika benar sekalipun ‘rapat’, adakah rakan rapatnya juga terpalit kalau seseorang itu berbuat onar?” soalnya lagi.

Tiada ulasan: