HALAMAN SANTAI

Rabu, 12 April 2017

DAP Anak Butir Tahi PAP – Hadi




 DAP (Democratic Action Party) merupakan sebuah parti serpihan parti Singapura, PAP (Party Action People), tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Singapura ini bapa DAP. Yang memerintah Singapura (adalah parti) PAP.

“Dulu, Singapura dalam Malaysia (1963-1965). Ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia (1965), PAP tukar jadi DAP.

“Jadi, DAP ini ‘anak butir tahi PAP. Bahasa kasar sikit. (Tetapi) inilah (hakikatnya),”katanya berucap di Rusila malam tadi.

Jelas Abdul Hadi, beliau pernah dijemput oleh Universiti Nanyang Singapura untuk bercakap berkenaan hudud kepada para profesor dan diplomat asing, namun tiada soalan susulan daripada khalayak yang mendengar ceramahnya itu.

Jadi kata Abdul Hadi, kenapa DAP dan PKR begitu menentang Rang Undang-undang Akta 355 di Malaysia.

“Setelah ceramah diberi peluang untuk bersoal jawab. Bila saya terang apa dia sebab dalam Islam. Tidak ada soalan tentang hudud (daripada pendengar)

“Oleh kerana itu, kenapa (di Malaysia) dia (DAP dan PKR) marah sangat (berkaitan RUU Akta) 355 ini.

“Kita mendapat maklumat, di sana ada ejen-ejen asing yang berada di belakang mereka ini (DAP dan PKR) khususnya di kalangan ‘missionari'(mubaligh) yang mengembangkan agama mereka di sini. (Mereka) takut jika syariat Islam dilaksanakan, orang bukan Islam akan melihat kebaikan hukum Islam. Ini yang sebenarnya,”katanya lagi.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: