HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 April 2017

Datuk didakwa pecah amanah diikat jamin RM100,000

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
PULAU PINANG: Seorang pemegang amanah di Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad, bergelar ‘Datuk’ yang direman hujung bulan lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan dengan jaminan RM100 000 hari ini.
 
Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftaran Tertinggi Mahkamah Majistret, Ahmad Tajudin Zain yang turut menetapkan dua penjamin bagi kes berkenaan.
 
Pada Khamis lepas, lelaki berusia 70 tahun itu yang juga Pengerusi Penang Port Sdn. Bhd. menyerah diri di ibu pejabat SPRM negeri dan disiasat mengikt Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.
 
Menurut jurucakap SPRM, suspek dipercayai menjual tanah milik anak syarikat berkenaan di negeri ini termasuk membuat keputusan sendiri tanpa melalui persetujuan Ahli Lembaga Pengarah lain.
 
Ketika ini, suspek masih berada di ibu pejabat SPRM menunggu wang jaminan dibayar.
 
 

Tiada ulasan: