HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 April 2017

FAM cari jurulatih baru untuk skuad Harimau Malaya

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Ibrahim mengesahkan akan melantik jurulatih baru mengendalikan skuad Harimau Malaya.
 
Ia susulan kegagalan menyelesaikan isu pelantikan bekas jurulatih Johor Datul Takzim (JDT) Mario Gomez, 60, yang didakwa memohon gaji lebih daripada yang ditawarkan FAM.
 
Tengku Makhkota Johor (TMJ) mendedahkan jurulatih dari Argentina itu meminta gaji sebanyak RM180,000 (AS$40,000) sebulan, berbanding RM110,877 (AS$25,000) yang ditawarkan kepadanya.
 
“Saya dimaklumkan bahawa Mario Gomez menafikan bahawa beliau meminta gaji yang tinggi. Kami tawarkan AS$25,000 (RM110,877), tetapi beliau meminta lebih.
 
“Adakah itu tidak bermakna bahawa beliau meminta lebih daripada apa yang kami tawarkan? Tak mengapalah, kami akan mencari individu lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih Malaysia,” lapor akhbar Kosmo!.
 
Gomez terdahulu menafikan pernah menuntut gaji lebih ketika ditawarkan untuk mengendalikan Harimau Malaya.
 
“Sebenarnya saya tidak menuntut gaji lebih apabila mendapat tawaran untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan.
 
“Semalam (Isnin) baginda menawarkan saya gaji dengan tambahan lapan peratus berbanding imbuhan yang saya peroleh ketika mengendalikan JDT.
 
“Kemudian saya kata 'okay' dan bersetuju untuk menandatangani kontrak selama dua tahun. tetapi sebelum kontrak ditandatangani, baginda bertitah, 'saya mahu fikir dahulu dan akan kembali menghubungi kamu'.
 
“Jadi saya agak keliru kerana penangguhan untuk menandatangani kontrak itu dikatakan berpunca daripada saya yang meminta gaji lebih, pada hal saya tidak berbuat demikian,” katanya.
 
Kosmo! melaporkan Gomez memperoleh RM100,000 sebulan ketika mengendalikan JDT. 
 
 

Tiada ulasan: