HALAMAN SANTAI

Sabtu, 15 April 2017

Gerakan kemuka 50 calon PRU14 kepada Najib

 
Presiden Gerakan yakin partinya akan melakukan dengan lebih baik dalam PRU14 dan melepasi ujian asid kelak.


Mah-Siew-Keong-gerakan

KUALA LUMPUR: Gerakan mengemukakan senarai 50 calon berpotensi, dengan separuh daripada mereka muka baharu, kepada presiden Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, bakal calon itu bertindak sebagai penyelaras di kawasan Gerakan masing-masing sejak dua tahun lalu.

“Mereka telah bekerja keras di peringkat akar umbi. Saya gembira mereka membuat usaha dengan serius untuk membawa Gerakan ke tahap lebih tinggi dalam pilihan raya umum akan datang.”

Katanya, Gerakan juga telah menyelesaikan perbezaan dalaman dan sedang bekerja sebagai sebuah pasukan untuk menghadapi cabaran bersama ahli-ahli komponen yang lain.

Gerakan merupakan antara parti kompinen BN yang tidak memperlihatkan prestasi cemerlang dalam 2 pilihan raya umum lalu.

Beliau yang dipetik Star Online berkata demikian selepas sesi pemukiman bertajuk “Percambahan Politik Persediaan Menghadapi Pilihan Raya Umum”.

Beliau yakin Gerakan akan melakukan dengan baik dalam PRU14 dan melepasi ujian asid kelak.

Tiada ulasan: