HALAMAN SANTAI

Rabu, 12 April 2017

Hadi Dedah DAP Berunding Dengan Negara Asing Ubah Politik Malaysia




 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata salahkah beliau dan parti Islam pimpinannya berunding dengan UMNO untuk melaksanakan syariat Islam, berbanding dengan DAP yang berunding dengan negara asing untuk merubah politik Malaysia.


“Dalam perbahasan Parlimen Bajet yang lalu (pun) saya sudah bawa (RUU Akta) 355 ini. DAP mempertikaikan PAS berunding dengan UMNO, saya kata (tanya) tak bolehkah PAS berunding dengan UMNO kerana untuk melaksanakan syariat.

“Kerajaan Pulau Pinang boleh berunding untuk bahas pasal jambatan Pulau Pinang, DAP boleh bincang untuk projek Pulau Pinang. Kita tidak boleh nak bincang untuk melaksanakan syariah. Tidak boleh (bincang dengan UMNO)?,” soalnya ketika berceramah di Rusila malam tadi.

Beliau menegaskan, PAS boleh berunding dengan UMNO, malah dengan siapa sahaja untuk melaksanakan Islam namun tidak akan berunding dengan pihak luar khususnya kuasa asing untuk campurtangan dalam negara ini.

“Sedangkan dia berunding dengan Amerika… dengan negara asing pun dia berunding …dengan kedutaan asing pun dia berunding. Berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia.

“Kita tidak sampai tahap itu..nak suruh negara asing campurtangan negara ini. Kita berunding dengan UMNO sahaja sama-sama Melayu, Islam, itu salah? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan negara asing tak apa.

“Politik Malaysia biar orang Malaysialah yang buat perubahan. Tidak perlu jemput Amerika mari, tak perlu jemput negara asing mari.. Ini saya dedah di sini, kalau ada pemberita siar, biar orang tahu,” katanya

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: