HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 April 2017

Halang RUU355: Tun Mahathir Cemerlang Dalam Tugasan Pertama Sebagai Penasihat PH

 Suara Kebenaran




Kejayaan menghalang RUU355 dari dibahas dan diluluskan dalam sidang parlimen semalam adalah simbolik kehebatan Tun Mahathir sebagai Penasihat Pakatan Harapan sejak dilantik ke jawatan itu bulan lepas.

Menurut beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan, Tun Mahathir memberikan nasihat yang berguna tentang apa yang perlu dibuat untuk menghalang RUU itu dari diluluskan di Parlimen seperti mana kemahuan Hadi Awang dan sekutunya, Najib Razak.

Tun Mahathir juga yang mengaturkan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan yang mana saja perlu bercakap membantah RUU tersebut.  Ahli parlimen Pakatan beragama Islam, kecuali Khalid Samad dan Rafizi Ramli, tidak dibenarkan untuk mencelah bagi mengelakkan persepsi DAP menggunakan ahli parlimen Islam Pakatan untuk menentang RUU tersebut.

Dan ternyata strategi ini menjadi seperti yang Tun Mahathir harapkan selaku penasihat Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan berharap parlimen akan dibubarkan menjelang Julai nanti dan dengan itu RUU itu tidak perlu dibahas seterusnya diluluskan sehingga menjadi undang-undang rasmi di negara kita.

Tiada ulasan: