HALAMAN SANTAI

Rabu, 12 April 2017

Hati-hati dengan isu sensitiviti agama - KPN

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta lebih peka dan sensitif terhadap isu-isu yang boleh mewujudkan kegusaran masyarakat berbilang kaum di negara ini.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan agar tiada pihak yang mengeluarkan apa-apa bentuk penulisan atau lukisan yang menyentuh isu sensitif.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu karikatur yang dikeluarkan akhbar Nanyang Siang Pau yang kini hangat diperkatakan.
 
"Saya nasihatkan semua termasuk media, kita perlu sensitif. Negara kita negara berbilang kaum, berbilang agama.
 
"Janganlah timbulkan apa-apa bentuk penulisan, lukisan yang boleh timbulkan kegusaran masyarakat berbilang kaum, bangsa.
 
"Kita kena hati-hati benda macam ini. Tapi tak apa, biar kita jalankan siasatan," katanya yang turut memberitahu pihak polis menerima 20 laporan polis melibatkan isu karikatur berkenaan.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
 
Sabtu lalu, Nanyang Siang Pau menimbulkan kontroversi apabila membuat sindiran terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkenaan pembentangan RUU 355 apabila menyamakan dua individu tersebut dengan monyet.
 
Susulan penyebaran karikatur tersebut, KDN semalam mengeluarkan surat tunjuk sebab dan memberi masa selama tiga hari kepada akhbar itu bagi menjawab surat berkenaan.
 
 

Tiada ulasan: