HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 April 2017

Kit Siang tipu orang Melayu, dakwa menteri Umno

 
Ismail suruh Kit Siang sandang jawatan pengerusi PH, bukan melantik orang Melayu untuk bukti dia tidak perdaya pengundi Melayu.


sabri


PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menuduh pemimpin veteran DAP menipu penyokong Pakatan Harapan (PH) terutamanya orang Melayu kerana gabungan parti politik pembangkang itu dikuasai dan dimiliki oleh DAP.

“Kit Siang cuba memperlekeh dan memperdaya minda orang Melayu.

“Kita semua tahu DAP adalah parti yang di dominasi kaum Cina dan Kit Siang tidak pernah memberi ruang kepada kaum Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Ismail menyarankan ahli parlimen Gelang Patah itu menyandang jawatan pengerusi PH kerana DAP adalah anggota parti terbesar dalam pakatan itu.

“Kalau Kit Siang melantik seorang Melayu menyandang jawatan pengerusi PH, ternyata ini adalah muslihatnya untuk perdaya pengundi Melayu.

“Dia perlu ambil jawatan itu untuk membuktikan PH bukanlah pakatan ali baba,” katanya.

Ismail juga mengingatkan orang Melayu di mana pemimpin DAP itu mahukan undi orang Melayu sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya.

“Selepas kuasai Putrajaya, dia akan gunakan kuasa memerintah sehingga ke anak cucu.
“Seorang diktator akan tetap jadi diktator,” katanya.

Tiada ulasan: