HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 April 2017

Lantik Hishammuddin taktik Najib kekal PM?

SELANGOR KINI


hishamuddin zahid


SHAH ALAM : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat hilang keyakinan kepada timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta terhadap orang kuatnya sendiri seperti Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri Salleh Said Keruak and Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata ia berdasarkan perkembangan terkini pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri.

“Ini merupakan kegagalan serangan propaganda baru yang dilancarkan selepas Umno mengalami ‘pembersihan’ pada Julai 2015 yang menyaksikan pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Strategik Media BN yang baru,” katanya dalam kenyataan media.

Kit Siang berkata pelantikan Hishammuddin di Jabatan Perdana Menteri dilihat sebagai percaturan Najib untuk mengekalkan kuasanya.

Katanya langkah itu untuk memastikan Perdana Menteri itu kekal memerintah dengan menyelamatkan dirinya daripada penyingkiran sama ada melalui pilihan raya mahupun pemberontakan dalaman Umno.

Menurut beliau, Hishammuddin yang merupakan menteri kesepuluh yang dilantik Najib Razak menyertai pasukannya akan menjadi menteri terpenting dalam Kabinet dan didakwa merupakan de facto Timbalan Perdana Menteri – jawatan yang ketika ini disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya menjangkakan Hishammudin akan mengepalai kempen Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) demi memastikan Umno-BN kekal di Putrajaya dan Najib Razak tetap menjadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya.=EZY=

Tiada ulasan: