HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 April 2017

Maafkanlah Nanyang Siang Pau - Hadi

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS mahu umat Islam yang terguris dengan penerbitan karikatur akhbar Nanyang Siang Pau, baru-baru ini memaafkan perlakuan itu, selain berharap insiden sama tidak berulang.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyifatkan karikatur yang dipaparkan pada 8 April lalu itu mengguris hati dan mendapat bantahan pelbagai pihak, sekali gus menimbulkan ketegangan di negara ini.
 
"Kerap kali batasan antara erti kebebasan meluahkan pendirian, satira dan sensitiviti masyarakat Islam yang meletakkan agama sebagai urusan kehidupan yang terlalu mulia, sukar dibezakan kalangan tertentu.
 
"Susulan penerbitan karikatur dan bantahan yang tercetus, PAS menerima satu surat permohonan maaf daripada Ketua Pengarang Nanyang Siang Pau bertarikh 12 April lalu dan maklumat permohonan maaf secara terbuka yang dicetak di akhbar berkenaan.
 
"Oleh itu, saya mengajak umat Islam yang terguris dengan penerbitan karikatur berkenaan dapat memaafkan pihak akhbar berkenaan dengan harapan ia tidak berulang pada masa depan," katanya dalam kenyataannya semalam.
 
Hadi berkata, kesilapan penerbitan karikatur yang memaparkan dua ekor monyet, masing-masing dilabel Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan dirinya itu berikutan keterlanjuran serta kejahilan mereka dalam memahami batasan garisan halus sensitiviti agama.
 
Sehubungan itu, Hadi berkata, tindakan memaafkan pengurusan akhbar berkenaan diharap berupaya menggembleng komitmen semua pihak untuk menyuburkan keharmonian dan sifat saling memahami dalam kalangan penduduk di Malaysia.
 
 

Tiada ulasan: