HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 April 2017

Mahfuz tak sopan, kata Ahmad Bashah

 Bernama

Tindakan ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menyerbu masuk bagi menyerahkan memorandum bantahan kepadanya sebaik sidang Dewan Undangan Negeri ditangguhkan hari ini sebagai kurang sopan.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan tindakan ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menyerbu masuk bagi menyerahkan memorandum bantahan kepadanya sebaik sidang Dewan Undangan Negeri ditangguhkan hari ini sebagai kurang sopan.

Katanya beliau sudahpun mengarahkan pegawainya supaya menerima memorandum tersebut bagi pihak beliau seperti amalan biasa yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin kerajaan sebelum ini.

“Namun tindakan Mahfuz enggan menyerahkannya kepada wakil saya sebelum menyerbu beramai-ramai masuk ke dalam dewan adalah tidak sopan dan saya tidak fikir ia boleh diterima oleh mana-mana pihak.

“Mahfuz sepatutnya memahami perkara itu dan beliau ada peluang untuk berjumpa saya untuk bertanyakan hal itu di masa lain kerana saya (bersikap) terbuka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mahfuz hadir bersama-sama 14 penduduk yang membantah tanah mereka di Kampung Baru, Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang yang didakwa mahu diambil oleh Permodalan Kedah Berhad bagi tujuan pembinaan rumah kakitangan kerajaan.

Ahmad Bashah turut mempersoalkan niat Mahfuz itu yang tidak ubah seperti mahu mencari populariti sekaligus menutup kelemahannya di kawasan yang diwakilinya.

Tiada ulasan: