HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 April 2017

Malapetaka kalau BN tawan P Pinang, kata Guan Eng

 
Ketua menteri meramalkan Pulau Pinang lebih kotor, botak dan kering jika BN kembali berkuasa.


lim-guan-eng_penang_bn_600new_600

GEORGE TOWN: Malapetaka akan menimpa Pulau Pinang jika Barisan Nasional kembali berkuasa di negeri itu, kata Ketua Menteri Lim Gua Eng.

Bercakap kepada pemberita, Guan Eng berkata kerajaan Pulau Pinang bukan sahaja dianggotai DAP tetapi keseluruhan Pakatan Harapan.

Ini bermakna, jika DAP tumbang, keseluruhan pakatan pembangkang akan tumbang, katanya.

“Kalau Pulau Pinang berada di bawah BN, yang bersih akan jadi kotor, yang hijau akan jadi botak, air yang mencukupi untuk semua jadi catu air.

“Pembalakan akan berlaku; hutan simpan kekal akan dibersihkan,” katanya, dan menambah kerajaan sedia ada tidak sentuh “seinci” hutan simpan Pulau Pinang.

“Tak perlu tengok jauh, tengok sahaja Kedah. Mereka terpaksa mencatu air. Kalau BN kembali memerintah Pulau Pinang, malapetaka akan menimpa kita,” kata Guan Eng pada sidang media di Komtar hari ini.

Guan Eng menjawab pandangan pensyarah kanan Sekolah Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi di Universiti Teknologi Mara, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah.

Pandangan itu, bertajuk “DAP boleh tumbang di Pulau Pinang” disiarkan Berita Harian hari ini.

Iskandar meramalkan pengaruh DAP susut 15%-35% akibat isu seperti orang ditembak di tengah jalan, banjir kilat, kos hidup yang tinggi dan sentimen orang Melayu terhadap parti itu.

Iskandar berkata pandangan itu peringatan yang tepat kepada semua rakyat Pulau Pinang untuk merenung apa yang akan berlaku sekiranya BN kembali memerintah.

Katanya, semua usaha kerajaan Pakatan Harapan sedia ada akan diterbalikkan.

Beliau memberi amaran ia juga akan membuka laluan kepada Pulau Pinang dijadikan wilayah persekutuan, seperti yang dihasrat Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Di bawah kerajaan sedia ada, Guan Eng berkata Pulau Pinang memantau hutan miliknya dengan ketat dan tiada catuan air berlaku setakat ini.

“Kita bukan seperti negeri lain di mana 200ha hutan dibersihkan. Apabila itu berlaku, kamu akan ada catuan air,” katanya, merujuk kepada aktiviti di Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah.

Hutan simpan itu merupakan kawasan tadahan air yang penting bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Tiada ulasan: