HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 April 2017

Mufti Perak nasihat Siti Kasim belajar Islam

ANTARAPOS.COM
Post Pic


IPOH: Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria hari ini menasihati Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim agar mempelajari dan memahami agama Islam sebelum membuat kenyataan mengenai agama.

Kata beliau sebagai peguam, Siti Kasim tidak sepatutnya menyentuh isu tauhid yang jelas bukan bidangnya.

"Perbuatan itu boleh menjurus kepada murtad. Orang yang murtad itu terkeluar daripada Islam dan kalau mati pun tak boleh ditanam di perkuburan Islam," katanya dalam sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini.

Harussani mengulas laporan media yang menyebut mengneai kenyataan Siti Kasim berhubung tuhan dalam satu temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lalu.

"Saya menasihatkan (Siti Kasim) untuk tidak campur dalam urusan agama yang kita tidak tahu. Belajarlah.

"Kita beruntung kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Cukup beruntung. Pelajarilah agama Islam yang dibawa oleh mak dan bapa kita. Kita pertahanlah agama itu. Jangan kita bercakap perkara yang kita tidak tahu kerana itu akan merosakkan diri kita," kata Harussani lagi.

Pada Ahad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Siti Kasim untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan kewujudan tuhan.

Tiada ulasan: