HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 April 2017

Nazri nafikan Najib di sebalik pembatalan debat


MALAYSIAKINI




Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menolak spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin terlibat dalam pembatalan debatnya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nazri mendedahkan, Najib sebenarnya mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mahu berdebat bekas perdana menteri itu.

"Kita berjumpa di Parlimen dua minggu lalu... Beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana sudi berdialog dengan Mahathir.

"Jadi, saya tidak fikir perdana menteri puncanya (debat itu dibatalkan)," kata Nazri pada sidang akhbar di pusat media Parlimen hari ini.

Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga menyatakan sokongannya kepada perbahasan itu, dan perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat minggu kabinet dalam tempoh dua minggu lalu.

Nazri juga menolak dakwaan bahawa polis menyelamatkanya daripada perlu berdebat dan sebaliknya menyalahkan pasukan keselamatan itu kerana membatalkan majlis berkenaan.

"Saya rasa ini masalah polis," kata Nazri.

Nazri mengulas keputusan pihak polis yang membatalkan permit debat itu atas alasan keselamatan selepas memberi lampu hijau sebelum ini yang membenarkannya diadakan di Kompleks Karangkraf di Shah Alam pada 7 April.

Ini kali kedua polis membatalkan permit bagi perbahasan itu yang pada asal dijadualkan di Padang Rengas pada 25 Mac.

Secara berseloroh, Nazri berkata polis mungkin menganggap dirinya sebagai ancaman keselamatan dan ini mendorong mereka membatalkan perbahasan itu.

"Mahathir orang tua dan bukan ancaman langsung kepada keselamatan negara.

"Saya fikir saya punca polis batalkan (perbahasan), mungkin saya seperti gangster, saya tidak tahu," katanya.
Beliau mencadangkan supaya polis sendiri menjadi penganjur kepada wacana itu dan mengadakannya di auditorium polis di Cheras

Nazri turut menafikan beliau gentar untuk berdebat dengan Dr Mahathir, sebaliknya yakin mampu berdepan bekas ketuanya itu dengan mudah sekali.

"Saya tidak fikir berbahas dengan Dr Mahathir ini tidak membolehkan saya tidur malam. Waktu dia perdana menteri pun saya ada lawan dan saya menang.

"Apatah lagi sekarang dia bukan perdana menteri dan saya menteri. Jadi saya nak beritahu saya bukanlah bisu. Takde hallah, 'small matter' nak lawan dengan beliau.

"Tak perlu buat persediaan sebab yang cakap tidak betul beliau (Dr Mahathir), bukan saya, jadi bila kita bercakap betul, kita boleh bercakap di mana-mana, tak jadi masalah kepada kita," katanya.

 LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: