HALAMAN SANTAI

Sabtu, 15 April 2017

Pas tak teragak-agak ambil tindakan ahli ‘curang’

PAS
Gambar hiasan


BATU PAHAT - Pas melalui Lembaga Tatatertibnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan pada ahlinya yang ‘curang’ dengan parti berkenaan bagi menjaga disiplin para ahlinya.

Bagaimanapun katanya, tindakan yang dilakukan itu termasuklah memecat keahliannya seseorang ahli hanya akan dibuat sekiranya ada laporan atau arahan daripada pimpinan pusat.

Pengerusinya, Dr Sanusi Daeng Mariok berkata, selagi pihaknya tidak menerima sebarang laporan, selagi itulah tiada tindakan yang dilakukan kepada mana-mana individu yang bergelar ahli.

“Kita tidak akan melakukan sebarang tindakan yang melulu, selagi tiada arahan…selagi tiada aduan atau laporan, selagi itulah tiada tindakan.

“Ini telah termaktub dalam prosedur dan juga perkara yang tercatat dalam perlembagaan Pas,” katanya ketika sidang media selepas Perasmian Konvensyen Pas Johor, di Semerah, yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas status Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkenaan tindak-tanduknya terhadap parti kebelakangan ini.

Terdahulu, Mahfuz sejak Muktamar Pas lalu dilihat semakin kerap mengkritik Pas seolah-olah tidak sehaluan dengan kepimpinan parti selain sering menghadiri ceramah serpihan Pas, Amanah.

Malah, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin juga sebelum ini pernah menganggap Mahfuz sebagai bukan lagi ahli Pas.

Tiada ulasan: