HALAMAN SANTAI

Sabtu, 15 April 2017

Rafizi hairan Khairuddin rapat dengan Umno selepas dapat maklumat dana 1MDB

MALAYSIA DATELINE

Rafizi RamliRafizi Ramli


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli  hairan terhadap Ketua Penerangan Ulama Pas Pusat Khairuddin Aman Razali yang menjadi lebih rapat dengan Umno selepas mendapat maklumat mengenai dana 1MDB.

"Mengenai reaksi Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus yang menghukum saya setelah saya mendedahkan beliau juga ada maklumat yang saya ada (malah lebih awal), saya hairan kenapa setelah menerima maklumat itu beliau menjadi lebih rapat dengan Umno?" soalnya dalam kenyataan.

Malah katanya, Khairuddin juga mengejutkan bekas aktivis rakyat Malaysia di United Kingdom apabila beliau hadir dalam program anjuran Kelab Umno United Kingdom yang turut menampilkan pemimpin Umno.
khairuddin aman razalikhairuddin aman razali
Semalam Khairuddin mendakwa Rafizi seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak boleh dipercayai kerana membuat tuduhan berasaskan sangkaan dan sumber yang tidak jelas.

Beliau berkata, jika bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPPRM) yang dirujuk oleh Rafizi sebagai sumber tuduhan beliau adalah pegawai sama yang ditemui beberapa pimpinan Pas sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan berkaitan siasatan isu 1MDB, sangat jelas Rafizi agak bermasalah dalam menilai maklumat yang disampaikan kepada beliau.

"Dalam pertemuan kami, bekas pegawai tersebut menyebut bahawa beliau 'merasakan' pernah melihat sekeping cek dalam fail seorang peguam 'seimbas lalu' sahaja yang 'dirasakan' mempunyai nama seseorang yang pernah ada kaitan dengan Pas.

"Berulang kali saya minta dibuat pengesahan nama. Beliau (pegawai SPRM) menyatakan hanya melihat sepintas lalu sahaja. Justeru, kami meminta beliau membuat pengesahan dan mendapatkan kembali fail tersebut. Beliau berjanji untuk mengusahakannya walaupun agak sukar kata beliau kerana fail tersebut bukan lagi berada pada tangan beliau," katanya.

Kharuddin juga berkata, pegwai SPRM itu juga tidak menyatakan jumlah wang yang terkait dan juga tidak dapat menyatakan tarikh berkaitan dan semuanya hanya bersifat maklumat lisan tanpa sebarang dokumen dan sebarang bukti.

Justeru Pas menganggap ia hanya satu bentuk maklumat yang sangat longgar dan tidak sesuai untuk dijadikan isu atau diambil tindakan lanjut secara lebih konkrit.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sekali pun Khairuddin beranggapan maklumat yang didedahkannya itu belum sahih, beliau bertanggungjawab untuk menggunakan sepenuhnya ruang di parlimen untuk mendapatkan pengesahan dan jawapan lanjut daripada kerajaan.

"Kalau pun beliau merasakan maklumat yang diperoleh mengenai siasatan 1MDB dan keterlibatan Datuk Seri Najib itu belum sahih, bukankah menjadi tanggungjawab beliau sebagai ahli parlimen untuk menggunakan sepenuh ruang di parlimen untuk mendapatkan pengesahan dan jawapan lanjut?

"Bukankah beliau ada ruang di parlimen untuk mendapat penjelasan secara bersemuka dari Datuk Seri Najib dan menteri mengenai kesahihan maklumat itu?

"Sebaliknya beliau diamkan sahaja dan tidak berusaha untuk menyiasat. Beliau juga mendampingi sebuah parti yang dikhuatiri mendapat manfaat dari wang rakyat yang diselewengkan," katanya.

Tiada ulasan: