HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 April 2017

Rafizi memang tak kenal dosa, pahala - Nik Abduh

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui kata-kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai Rafizi Ramli bahawa Ahli Parlimen Pandan itu tidak tahu membezakan antara dosa dan pahala.
 
Menurutnya, Rafizi selalu memperbesarkan isu kecil dalam pendedahannya.
 
"Betullah kata Presiden PAS bahawa Pandan (Rafizi) ni tak tahu dosa dan pahala.
 
"Suka sangat menyelongkar sampai jadi hobi. Tahi ayam pun digempaknya jadi tahi tuan ayam. Memang riuhlah...Nasihat saya, pandu cermat, jiwa selamat. Tekan minyak, tekan juga brek," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik melalui Facebooknya.
 
Sebelum ini, Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, berkata, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS.
 
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, dalam isu ini pemimpin PAS juga mempunyai banyak maklumat.
 
"Tetapi mereka berusaha mempraktikkan akhlak yang mulia bahawa sesuatu yang belum masak buktinya, maka diam adalah senjata disarung dan biarkan ia terlihat. Usah gegak mengejar mentari.
 
"Sabarkan diri, fajarkan menyinsing," katanya lagi.
 
 

Tiada ulasan: