HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 April 2017

Rafizi, Nasharuddin perlu 'selesaikan' dakwaan terima dana 1MDB

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic



SHAH ALAM: Ahli Parlimen Ampang, Rafizi Ramli dan bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa perlu bertanggungjawab dan menyelesaikan isu pendedahan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata sebaik sahaja pendedahan ini dibuat, rakyat mahu tahu dan menjadi tugas mereka menjawab segala soalan berbangkit.

"Ini satu pendedahan yang khusus menamakan Nasharudin. Saya fikir adalah tugas orang yang dinamakan dan orang yang menamakan untuk menyelesaikan isu ini.

"Tidak kira PAS, Umno atau PKR, ia bergantung kepada kesahihan fakta. Apa-apa tindakan mesti berasas kepada fakta. Setakat ini ada laporan seorang pemimpin PKR berkaitan bekas pimpinan PAS yang khusus. Beliau bukan tuduh ada jawatankuasa  mendapat cek daripada SRC International Sdn Bhd kepada PAS Pusat atau PAS Malaysia.

"Ia khusus mengatakan orang ini terima duit itu daripada SRC International. Yang tidak terlibat secara langsung tidak boleh dikenakan apa-apa implikasi sehingga ia terbukti kesahihannya," katanya kepada Antarapos.

Kamaruddin yang kini menyertai PKR yang kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Politik dan Dasar bagaimanapun enggan mengulas lanjut dakwaan yang dikemukakan Rafizi pada semalam.

Sebaliknya menggesa pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab menyiasat pendedahan Rafizi berhubung kaitan Nasharudin ke atas dana 1MDB itu.

Terdahulu Rafizi pada semalam menamakan Nasharudin, yang juga bekas Timbalan Presiden PAS sebagai individu yang didakwanya menerima dana 1MDB.

Beliau membayangkan kemungkinan dana yang diperolehi Nasharudin itu digunakan untuk melunakkan suara PAS berhubung kontroversi yang melRafizi berkata maklumat itu diperoleh daripada seorang bekas pegawai paling kanan SPRM, yang terlibat dalam siasatan ke atas 1MDB yang terpalit dengan dakwaan penyelewengan kuasa dan wang.

Nashruddin bagaimanapun menafikan tuduhan yang dibuat Rafizi ke atasnya, menerusi kenyataan medianya petang tadi.

Beliau membayangkan sedang dalam rangka untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Naib Presiden  PKR itu kerana memburukkan namanya dan PAS.

Rafizi ketika membuat pendedahan itu tidak menamakan bekas pegawai SPRM berkenaan namun mendakwa individu itu mempunyai maklumat sahih yang menunjukkan aliran dana 1MDB ke akaun milik Perdana Menteri dan seterusnya ke akaun pemimpin lain, termasuk Nasharudin.

Menurut Rafizi, dana itu disalur menerusi SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.


Tiada ulasan: