HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 April 2017

Sebenarnya 1MDB masih menanggung hutang lebih RM39 bilion – Tony Pua


Roketkini.com
 
KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa hutang bank dan jangka pendek 1MDB telah selesai seolah-olah mencipta persepsi yang salah bahawa kononnya syarikat bermasalah milik negara itu kini bebas hutang.

Sedangkan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, jumlah hutang 1MDB yang ditanggung Kerajaan Persekutuan secara langsung dan tidak langsung masing-masing kini mencecah RM5 bilion dan US$7.73 bilion dengan jumlah keseluruhan melebihi RM39 bilion.
Ini, katanya, termasuk:
  1. Bon 30 tahun bernilai RM5 bilion yang mana dijamin kerajaan Persekutuan
  2. Dua bon 10 tahun bernilai US$1.75 bilion yang mana dijamin oleh syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dan sehingga kini dibayar oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc)
  3. Bon 10 tahun bernilai US$3 bilion, dijamin dengan “Surat Sokongan” yang dikeluarkan Menteri Kewangan.
  4. Pendahuluan daripada IPIC bernilai US$1 bilion, dilindungi oleh MoF Inc.
  5. Sekurang-kurangnya US$230 juta pembayaran faedah oleh IPIC bagi pihak 1MDB, dilindungi oleh MoF Inc.
“Jika perkara ini tidak menyebabkan Najib Razak dinobatkan sebagai ‘Raja Pengeliru’ di Malaysia, saya tak tahu nak kata apalah,” katanya yang juga Setiausaha Publisiti DAP dalam kenyataan hari ini.

Najib yang menjawab persoalan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang meminta angka kemaskini berhubung kakitangan 1MDB, aliran tunai, hutang dan aset 1MDB, berkata syarikat itu tidak mempunyai hutang bank dan jangka masa pendek setakat Januari 2016.

“Pada masa ini, 1MDB tidak mempunyai apa-apa hutang bank dan jangka pendek,” kata Najib dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam. – Roketkini.com


Tiada ulasan: