HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 April 2017

Siti Kassim Wajar Dilantik Sebagai Pengarah Baru JAKIM

 Caspian


Dikala ini, ramai netizen bertindak mengecam Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim. Ini kerana banyak kenyataannya yang dianggap sebagai melampau dan menghina agama Islam walaupun hakikatnya, kenyataannya banyak diputar belit oleh media.

Terbaru, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dilaporkan akan membuka kertas siasatan berhubung banyak kenyataan Siti Kassim yang disifatkan JAKIM sebagai menghina agama Islam dan mempunyai unsur murtad.

Mengulas akan hal ini, menurut seorang wakil dari Pakatan Harapan yang enggan nama dan gambarnya disiarkan memberitahu, ramai pihak yang tersalah anggap berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Kassim.

Ujarnya, Siti Kassim hanya bersifat telus dan berterus terang bagi membetulkan kepercayaan kuno umat Islam hari ini. Sebagai contoh, maksud sebenar kenyataan Siti Kassim yang mengatakan tuhan pun boleh dijumpai di sebalik pokok bermaksud, tuhan ada di mana-mana dan tidak hanya tertumpu di tikar sejadah semata-mata.

Oleh yang demikian, dia beranggapan bahawa cara pemikiran Siti Kassim sebenarnya berada diluar kotak dan sekiranya Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan, besar kemungkinan Siti Kassim akan dii lantik sebagai Pengarah JAKIM bagi memodenkan pemikiran umat Islam di negara ini.

Ketika ditanya tentang penampilan Siti Kassim yang turut mendapat kecaman netizen, beliau berkata, itu urusan dia dengan tuhan dan apa yang dimahukan oleh Pakatan Harapan adalah pemikiran yang kritis dan membina. Penampilan adalah hak masing-masing dan bukannya mencerminkan diri dan pemikiran seseorang.

Tiada ulasan: