HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 April 2017

Tiada masalah bebas Anwar jika pembangkang menang PRU14 - Tun M

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
SHAH ALAM: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau tiada masalah untuk menyokong usaha membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara.
 
“Kalau rakyat nak Anwar bebas, siapa saya nak tahan rakyat?," katanya ketika Program Hardtalk yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor malam tadi.
 
Namun katanya, ia hanya dapat dilakukan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya ke-14 (PRU14).
 
"Tapi perkara ini perlu dilakukan oleh Perdana Menteri dan saya tidak memegang jawatan tersebut," jelasnya.
 
Menurut Mahathir lagi, beliau bukannya seorang pendendam malah musuh-musuhnya sebelum ini seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah turut diberi kedudukan di dalam Kabinet pada zaman pemerintahannya.
 
"Saya tak simpan dalam hati.
 
Anwar merupakan timbalan perdana menteri di bawah Dr Mahathir sebelum dipecat atas tuduhan salah laku seks pada 1998, mencetuskan krisis politik paling buruk yang menyaksikan demonstrasi besar-besaran reformasi di Kuala Lumpur.
 
Kedua-dua tokoh itu kekal bermusuhan walaupun ketika kemuncak penentangan Dr Mahathir terhadap Umno di bawah Abdullah pada 2008.
 
September lalu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila hadir di mahkamah untuk bersalaman dengan Anwar, pertemuan pertama mereka selepas 18 tahun menjadi musuh politik, walaupun pernah sama-sama mengetuai kerajaan pada 1990an.
 
Sejak Februari 2015, Anwar mula menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh, selepas disabit kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.
 
 

Tiada ulasan: