HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 April 2017

Tuduhan Rafizi hanya ‘dengar cakap’, kata Takiyudin

Kumara Sabapatty
 
Datuk Takiyuddin Hassan
KUALA LUMPUR – Pas tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada atau melalui bekas timbalan presiden parti itu, Datuk Dr. Nashardin Mat Isa yang didakwa memperoleh sejumlah dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Pas pusat ingin menyatakan bahawa bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa tida pernah memegang sebarang jawatan dalam Pas sejak beliau tewas dalam pertandingan jawatan tersebut pada tahun 2011 dan setelah ditamatkan sebagai ahli Majlis Syura Ulamak Pas.

“Pas pusat mengesahkan tidak pernah menerima sumbangan daripada atau melalui beliau dalam apa jua bentuk sekalipun daripada tarikh tersebut kecuali sumbangan tetap bulanan sebagai Ahli Parlimen (Berakhir Mei 2013 sebagai Ahli Parlimen Bachok),” kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan.

Kenyataan Takiyuddin menyusul selepas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tampil menuduh Nasharuddin menerima dana 1MDB sambil mendakwa maklumat berkenaan diperolehi daripada seorang bekas pegawai ‘paling kanan’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan salah guna dana 1MDB.

Nasharuddin kini menjawat jawatan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM selepas tidak lagi terlibat dalam politik.

Rafizi mendakwa, maklumat itu diberitahu kepadanya secara lisan oleh bekas pegawai SPRM itu, yang antara lain mendedahkan siasatan SPRM ke atas SRC International, anak syarikat 1MDB, mendapati sejumlah dana dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Razak, sebelum sejumlah wang berpindah ‘kepada peguam tertentu’.

Rafizi mendakwa bahawa sebagai seorang penerima dana, Nasharudin tidak layak dilantik ke panel tersebut.
Mengulas lanjut, Takiyudin juga menjelaskan pihaknya menyerahkan Akuan Bersumpah Rafizi dalam hal tersebut kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang.

Katanya, Pas berpandangan kenyataan Rafizi adalah kekal berstatus ‘dengar cakap’ (hearsay) selagi individu yang dikatakan memberitahu maklumat ini kepada beliau mengesahkannya.

Dalam masa yang sama, katanya, Pas menggesa Rafizi segera membuat akuan bersumpah tentang dakwaan rasuah yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin dan Chegubard baru-baru ini terhadap beliau dan beberapa pemimpin Keadilan yang lain untuk makluman dan pertimbangan rakyat Malaysia. MalaysiaGazette


Tiada ulasan: