HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 April 2017

Tujuh madrasah pondok di Pasir Puteh terbakar

BERNAMA


Sebanyak tujuh daripada 30 madrasah pondok Seri Permai di Permatang Sungkai di Pasir Puteh musnah dijilat api dalam kebakaran malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Pegawai Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 9.43 malam.

"Api berjaya dikawal dalam tempoh 40 minit dan pihak kami masih menjalankan operasi memadamkan kebakaran.

"Kerugian awal dianggarkan sebanyak RM61,000 dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pihak kami masih menyiasat punca sebenar kebakaran," katanya.

Tiada ulasan: