HALAMAN SANTAI

Ahad, 9 April 2017

"Ya Allah, terima kasih selamatkan kami"

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SIBU: "Ya Allah, Terima Kasih selamatkan kami," demikian luahan salah seorang penumpang pesawat MH2718, Muhd Badrul Aman, yang terselamat dalam insiden membabitkan pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Sibu di sini, malam tadi. 
 
Malah, melalui akaun Facebook miliknya, beliau turut berkongsi pengalamannya menempuh detik mencemaskan itu bersama 61 penumpang dan enam anak kapal apabila pesawat itu tergelincir dari landasan sebelum terbabas sejurus mendarat dalam hujan lebat. 
 
"Syukur... semua selamat," katanya. 
 
Beliau turut memuji kecekapan juruterbang, pembantu juruterbang dan anak-anak kapal mengendalikan situasi cemas itu, termasuk memastikan kesemua penumpang keluar dengan selamat serta mendapat bantuan. 
 
Dalam kejadian kira-kira jam 10.17 malam tadi, sebuah pesawat MAS jenis Boeing 737-800 dari Kuala Lumpur tergelincir dan terbabas sejurus mendarat, dipercayai berpunca dari keadaan landasan yang licin akibat hujan lebat. 
 
Sehingga jam 12.30 malam tadi, landasan Lapangan Terbang Sibu ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja mengalihkan pesawat berkenaan dari lokasi kejadian.
 
Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat. 
 
"Pesawat Malaysia Airlines dengan penerbangan MH2718 pada 8 April 2017 dari Kuala Lumpur terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada 10:17 malam ketika hujan lebat. 
 
"Pesawat Boeing 737-800 itu membawa 61 penumpang dan enam krew. 
 
"Kesemua penumpang dan krew di atas pesawat selamat dan dikeluarkan melalui dua gelongsor angin. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini." Tambah MAS lagi, mereka telah melancarkan siasatan untuk mengesan punca insiden.
 
 

Tiada ulasan: