HALAMAN SANTAI

Jumaat, 19 Mei 2017

ADUN Evangelis DAP Mahu Mandulkan Institusi Islam Di Selangor





ADUN-ADUN evangelis DAP sedang berkomplot untuk memandulkan (kembiri) institusi Islam di Selangor khususnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dedah Helen Ang.


Evangelis merujuk kepada aktivis Kristian yang berdakwah menyebarkan kandungan kitab Injil kepada pihak lain. Kebiasaannya kumpulan evangelis atau penginjil itu tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang teologi sepertimana paderi.

Helen Ang mendedahkan ramai di kalangan ADUN-ADUN DAP Selangor terdiri daripada evangelis yang tidak menukar nama kepada identiti Kristian, sebaliknya mengekalkan nama asal sama ada Cina atau India.

Misalnya, Adun DAP Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran, merupakan seorang evangelis yang juga bekas pembantu peribadi ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Dedah Helen Ang, pada 2014, Adun DAP Bukit Gasing pernah menggesa Menteri Besar Selangor, ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandulkan kuasa-kuasa eksekutif MAIS daripada memainkan peranan sebagai pelindung Islam di negeri itu.

Tiada ulasan: