HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Mei 2017

Akhirnya Tun Mahathir Akui DS Anwar Bukan Pesalah Liwat

Caspian



Bayangkan kesengsaraan seseorang yang difitnah melakukan sesuatu kesalahan yang tidak pernah dilakukan. Inilah yang dirasai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lebih 18 tahun setelah begitu teruk dihentam oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir sewaktu masih berkuasa dahulu.

Hampir setiap hari selama berbelas tahun, Tun Mahathir menanamkan dokrin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kesalahan liwat yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Namun beliau tetap bersabar dengan semua itu.

Setelah 18 tahun berlalu, akhirnya kebenaran telah dibuktikan apabila Tun Dr Mahathir akhirnya menurunkan tandatangannya di petisyen untuk membebaskan Datuk Seri Anwar dari kesengsaraan di penjara Sungai Buloh.

Malah, Tun Dr Mahathir juga secara tidak langsung mengiktiraf Datuk Seri Anwar sebagai calon Perdana Menteri ketujuh. Inilah berkat kesabaran setelah berbelas tahun di fitnah oleh Tun Dr Mahathir sehinggakan keluarga Datuk Seri Anwar turut terpalit sama dalam fitnah yang direka oleh Tun Dr Mahathir.

Hari ini, Tun Dr Mahathir telah mendapat hidayah terbesar dalam hidupnya apabila menyertai Pakatan Harapan dan seterusnya mengiktiraf Datuk Seri Anwar sebagai seorang yang paling layak menerajui Malaysia.

Malah, Tun Dr Mahathir juga akan sentiasa menyucikan semula najis yang pernah dilemparkan olehnya bagi membersihkan imej semua pemimpin pembangkang seperti mana yang beliau lakukan terhadap Lim Kit Siang.

Setidak-tidaknya, Tun Dr Mahathir telah melakukan sesuatu yang perlu untuk memastikan laluan Datuk Seri Anwar ke Putrajaya akan terlaksana jua akhirnya.

Tiada ulasan: