HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Mei 2017

Anwar Ibrahim disenarai 500 tokoh Muslim Paling Berpengaruh Dunia

Gambar Anwar di mahkamah sebelum ini
Gambar Anwar di mahkamah sebelum ini

KEADILAN DAILY 

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim antara beberapa tokoh politik Malaysia yang disenaraikan sebagai 500 tokoh Muslim Paling Berpengaruh edisi 2017.

Bekas Ketua Pembangkang itu tersenarai melalui kategori Pemimpin Terhormat (Honourable Mentions).
Anwar juga tersenarai melalui kategori politik, yang turut menyenaraikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Yang DiPertuan Agong, DYMM Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Pemilihan dibuat berdasarkan nilai pengaruh seseorang tokoh terhadap masyarakat selain mampu membawa perubahan dalam kehidupan.

Edisi pertama buku itu diterbitkan pada 2009 dan diolah Profesor John L Esposito serta Ibrahim Kalin dari Universiti Georgetown di Washington.

Penerbitnya adalah Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam – sebuah badan kajian bebas yang bergabung dengan Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt yang berpangkalan di Amman Jordan.

Menurut penerbit, buku berkenaan diterbitkan untuk memberi impak kepada dunia Muslim, selain menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Antara lain pengisian buku itu ia mengambil kira tokoh dari kategori seni, budaya, ideologi, kewangan, falsafah, pembaca al-Quran, media, sukan, sains dan teknologi.

Menurut laporan itu dianggarkan 1.76 bilion umat Islam diseluruh dunia hari ini yang membentuk 23.85 peratus kepada jumlah populasi penduduk dunia. – Selangorkini

Tiada ulasan: