HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 Mei 2017

Apa jadi dengan sekolah kebangsaan, keluh Pemuda Umno

Koh Jun Lin



Sekolah kebangsaan kini menjadi mono-etnik berbanding masa lalu yang lebih kepelbagaian, keluh Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii.

Semasa sesi dialog TN50 di Titiwangsa semalam, beliau menyambut baik cadangan peserta yang menggesa pengenalan sekolah satu aliran yang memelihara identiti kepelbagaian kaum di Malaysia.

"Semasa saya kecil dan masuk sekolah kebangsaan, dalam kelas ada 20 hingga 30 pelajar Cina, 20 hingga 30 orang pelajar Melayu dan 20 hingga 30 pelajar India.

"Tetapi apa yang berlaku hari ini? Di sekolah kebangsaan, 90 peratus daripada satu kaum; hanya satu kaum masuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan satu lagi kaum ke sekolah jenis kebangsaan Tamil. Adakah (perkembangan) ini baik untuk negara kita?

"Mungkin kita boleh ada apa (peserta Yasser Arafat) katakan tadi. Mungkin semua kaum duduk di bawah satu bumbung, tanpa mengancam identiti mereka," jelas beliau kepada penonton.

Turut hadir sebagai ahli panel pada sesi dialog itu ialah Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani.

Terdahulu, seorang peserta yang memperkenalkan diri sebagai Yasser Arafat mencadangkan sekolah satu aliran sebagai sebahagian daripada aspirasi Malaysia pada tahun 2050, tetapi masih mengekalkan identiti pelbagai kaum di Malaysia.

Tiada ulasan: