HALAMAN SANTAI

Khamis, 11 Mei 2017

Apa nasib projek syarikat China di Perak?


MALAYSIA DATELINE

Tan Seng TohTan Seng Toh

Amanah Negeri Perak mendesak Kerajaan Negeri Perak membuat penjelasan berkaitan kedudukan beberapa projek pelaburan syarikat negara China di negeri itu ekoran langkah kerajaan negara tersebut menyekat pengaliran keluar modal.

Naib Pengerusi Amanah Perak Tan Seng Toh berkata, laporan Wall Street Journal menyebut kerajaan China enggan meluluskan perjanjian firma milik negara itu, Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang berpangkalan di Johor untuk mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia.
Menurut Tan, antara projek membabitkan syarikat China di Perak adalah projek rumah mampu milik D Aman Residensi di Meru Raya dan limbungan kapal antara Sungai Belukang-Sungai Tiang di Bagan Datuk.
"Terdapat juga lokomotif elektrik terbesar dunia, China South Locomotive dan Rolling Stock Corporation Limited (CSR Corporation) yang akan melabur sehingga RM1 bilion bagi membina pusat mengilang dan penyelenggaraan kereta api di Batu Gajah yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak sendiri," tambah Tan.

Beliau melahirkan kebimbangan dengan suasana ini kerana langkah kerajaan China itu dikhuatiri akan merencatkan ekonomi Perak.

"Kerajaan Negeri Perak perlu membuat tindakan segera agar perjanjian projek tersebut berjalan seperti mana yang diharapkan," ujarnya.

Tiada ulasan: