HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Mei 2017

Awas, musuh Islam mahu rampas kuasa - PAS

MALAYSIAKINI


Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin bin Hassan memberi amaran bahawa musuh-musuh Islam sedang cuba merampas kuasa.

Oleh itu, beliau berkata, umat Islam perlu berhenti bertelingkah sesama sendiri dan bersatu.
"Musuh Islam telah bersatu biarpun berbeza ideologi dan parti untuk menguasai ekonomi dan politik negara.

"Mereka lupakan sempadan dan batas antara mereka untuk melampiaskan dendam dan merealisasikan kebencian terhadap Islam," tambahnya dalam kenyataan yang diedarkan melalui WhatsApp.

Bagaimanapun, Nasrudin tidak mengulas lanjut mengenai musuh-musuh Islam berkenaan dan berkata, ia hanya satu peringatan kepada umat Islam.

Dalam mesej itu, beliau turut menggesa umat Islam mengetepikan perbezaan politik dan kepercayaan yang berbeza dalam cara amalan agama Islam.

"Jangan hanya kerana beza mazhab feqah dan fahaman politik, kita bertelagah tanpa noktah.

"Bercakar tidak sudah dalam perkara remeh dan furu', akhirnya ummah hilang kekuatan lantas binasa.

Tiada ulasan: